SPC Click Flooring dan Vinyl Flooring merupakan pilihan lantai hiasan dalaman yang menggantikan lantai asal seperti simen atau konkrit, sesuai untuk kegunaan kediaman seperti ruang tamu, bilik tidur, dan dapur, serta ruang komersial seperti hotel, butik, pusat beli-belah, dan ruang pameran. Kedua-dua produk ini direka untuk meniru kemasan kayu asli (hardwood atau wood flooring), menawarkan alternatif yang lebih mampu milik berbanding lantai kayu asli. Di Al Aqsa Carpets, kami ada membekal dan menawarkan pelbagai pilihan ketebalan, corak dan warna bagi produk SPC Click Flooring dan Vinyl Flooring sebagai pilihan.
Anda boleh rujuk video cara pemasangan di link ini.