Rasa syukur, gembira dan puas
– Begitulah perasaan para jemaah dan ahli kariah setelah penukaran karpet yang memasuki 8 tahun perkhidmatan.
Penggantian karpet masjid di Masjid Ara Damansara
Karpet Masjid bukanlah sesuatu produk yang asing dalam kalangan penduduk beragama islam di Malaysia. Ianya telah lama diperkenalkan dan kini bagai menjadi sesuatu yang ingin dimiliki bagi mana-mana pihak yang menjadi kariah dan menguruskan masjid, surau atau ruangan solat mereka. Ada banyak sebab yang menyumbang kepada keperluan penggunaan karpet masjid di Malaysia, antaranya:
- Sebagai alas yang bersih dan suci untuk beribadah
- Membawa keselesaan dalam solat & ibadah lain
- Barisan saf yang lebih tersusun
- Menaikkan seri dan kecantikkan masjid
Masjid Ara Damansara, sebuah masjid berkeluasan 11,000 kaki per segi di Petaling Jaya yang terletak berhampiran dengan Lapangan Terbang Sultan Aziz Shah dan CITTA Mall. Tidak seperti kebanyakkan masjid lain, Masjid Ara Damansara tidak mempunyai kubah, sebaliknya hanya terdiri dari tiang dan bumbung biasa. Masjid ini juga baru-baru sahaja memenangi anugerah ‘Keprihatinan Setempat’ yang dikurniakan oleh baginda Sultan Selangor sendiri.
Keseluruhan kisah pemasangan
Yang mengejutkan kami, Masjid Ara Damansara mahukan karpet masjid custom sepenuhnya untuk ruang solat utama mereka—yang direka mengikut kriteria dan estetika mereka sendiri. Sebagai pembekal karpet masjid yang dipercayai di Malaysia, Al Aqsa Carpets bersemangat untuk membantu merealisasikan visi mereka dengan menyediakan perkhidmatan pemasangan karpet berkualiti tinggi. Wakil Masjid Ara Damansara memilih untuk custom ketebalan permaidani masjid, warna, motif (corak) & baris (saf), serta keistimewaannya – corak bulat kubah; untuk bahagian imam dan untuk bahagian tengah karpet.
Langkah pertama ialah membentangkan idea reka bentuk, pilihan warna yang tersedia, dan pilihan ketebalan permaidani. Langkah kedua melibatkan mencipta mockup grafik reka bentuk permaidani berdasarkan spesifikasi yang diminta dan berkongsi dengan wakil masjid. Alhamdulillah, mereka berpuas hati dan meluluskan konsep visual tersebut. Sebaik sahaja karpet custom tiba, Al Aqsa Carpets segera memulakan fasa pemasangan pertama—mengalihkan permaidani dan underlay. Ini mengambil masa sehari kerana keadaan berdebu, underlay cair yang melekat pada lantai dan penemuan lapisan tambahan karpet lama di bawahnya.
Pihak masjid juga meminta supaya pemasangan itu disiapkan sebelum Ramadan, bagi mengelak mengganggu solat Tarawih dan ibadah lain pada bulan mulia. Pada hari berikutnya, Al Aqsa Carpets mengerahkan pasukan penuh pemasang pakar untuk mempercepat dan menyelaraskan proses. Proses-proses pemasangan pada awalnya menghadapi cabaran yang hebat, dimana para pekerja Al Aqsa Carpets perlu mengangkat karpet yang dianggarkan beratnya pada 400kg hingga 500kg untuk satu gulungan, dan ada lebih dari 10 gulungan yang perlu diangkat dan dibawa masuk ke dalam masjid. Usai proses mengangkat masuk karpet, proses pemasangan karpet juga menghadapi cabaran.
Malahan, proses untuk membentang dan memasang karpet juga memerlukan penelitian bagi pemasangan yang kemas, disebabkan oleh berat karpet yang menyukarkan keadaan. Sebagai ‘sentuhan akhir’, pihak masjid juga ada meminta memasang corak ‘dome’ pada bahagian tengah ruang solat masjid dan di bahagian tempat / ruang imam memimpin solat. Namun, ini semua bukanlah satu masalah bagi Al Aqsa Carpets.
*Pemasangan di Masjid Ara Damansara selesai dalam masa 5 hari —1 hari untuk menanggalkan karpet dan underlay, dan 4 hari pemasangan secara menyeluruh.
Hasil, dan mengapa memilih Al Aqsa Carpets
Lihatlah hasil akhir pemasangan karpet di Masjid Ara Damansara oleh Al Aqsa Carpets—kemas, cantik dan teliti! Alhamdulillah, AJK masjid, jemaah, dan ahli kariah semua gembira dan berpuas hati dengan karpet masjid baru dan kualiti hasil kerjanya. Jika anda bercadang untuk menaik taraf ruang solat, surau atau masjid seperti Masjid Ara Damansara, sila hubungi kami melalui nombor telefon yang diberikan, atau kunjungi bilik pameran Al Aqsa Carpets di Seksyen 36, Desa Latania, Shah Alam. Kami buka setiap hari—mari alami sendiri kualiti produk kami!
MAKLUMAT LANJUT BOLEH DIDAPATKAN DI BAWAH
Berminat dengan produk kami? Hubungi kami di link yang disediakan di bawah.
AL AQSA CARPETS FACTORY OUTLET SHOWROOM
Untuk maklumat lanjut berkenaan sebarang produk atau servis yang kami tawarkan, jangan ragu untuk terus hubungi kami di mana-mana link yang disediakan di bawah.
📞 CALL / 📱 WHATSAPP 👇🏻
Dapatkan pengalaman indah dan tidak dapat dilupakan apabila anda berbelanja dan membeli belah di cawangan kami, dimana setiap produk telah siap dipaparkan untuk setiap pelanggan lihat, sentuh dan cuba dulu kualitinya sebelum membuat sebarang pembelian.
Cawangan Al Aqsa Carpets terletak berhampiran degnan ST Rosyam Mall dan mudah untuk dicapai oleh Lebuhraya KESAS, Lebuhraya Federal dan Lebuhraya LKSA. Jumpa anda disini nanti ya!


