Jalani kehidupan berkeluarga lebih bahagia dengan rumput tiruan!

Laman nampak suram dan terlalu besar untuk dijaga dengan kerap? Tidak perlu berfikir panjang, gunakan sahaja rumput tiruan Al Aqsa Carpets!

Dengan sehingga 4x perlindungan UV ditawarkan, Al Aqsa Carpets menawarkan nisbah kualiti kepada harga rumput yang terbaik.

Jadi, kenapa gunakan rumput tiruan?

Penggunaan rumput tiruan adalah sesuatu yang tidaklah baru, walhal ia biasa digunakan untuk kegunaan sukan padang seperti bola sepak, ragbi dan hoki. Produk ini kian meningkat popularitinya dikalangan rakyat Malaysia, tidak kira pada pereka dalaman profesional mahupun pada pendekor rumah sendiri, oleh kerana ‘kesan visual’ yang boleh diberikan oleh rumput tiruan ini apabila ia digunakan dan digandingkan bersama barangan dekor seperti pokok tiruan Monstera dan Strelitzia Nicolai. Seringkali digunakan di balkoni, dinding atau laman rumah, kesan visual ‘menghijau’ yang diberikan oleh gandingan dekor ini (lebih dikenali sebagai kesan biofilik) pada mata sedikit sebanyak menjadi pencetus kepada rasa yang lebih tenang, santai dan damai. Bagi menggantikan ‘ketiadaan’ atau kekurangan keindahan alam semula jadi, tema hiasan ini sangat digilakan oleh mereka yang menetap di ‘hutan konkrit’ atau mereka yang duduk jauh dari keindahan alam semula jadi flora dan fauna.

Dari membosankan kepada memikat!

Sebelum pemasangan rumput tiruan
Selepas pemasangan rumput tiruan

Seorang pelanggan ingin mengolah semula halaman rumah mereka yang kelihatan ‘kusam’ menghubungi kami untuk perkhidmatan membekal dan memasang Rumput Tiruan Aqsa di Cyberjaya, Selangor. Seperti yang anda boleh lihat, halaman pemiliknya dipenuhi dengan rumput “separuh mati”—kekuningan, layu, dan tidak bermaya, bak kata pepatah Melayu – “Mati Segan, Hidup Tak Mahu”. Selepas proses pemilihan dan perjanjian sebut harga selesai, yang tinggal hanyalah memilih tarikh pemasangan rumput tiruan di rumah mereka. Setibanya tarikh pemasangan, kami memulakan proses dengan mencabut dan mengeluarkan rumput semula jadi, termasuk akar, untuk memastikan rumput tidak tumbuh semula di antara rumput tiruan selepas pemasangan. Langkah kedua ialah merawat tanah yang dibersihkan dengan racun herba sebagai ‘kepastian’ untuk mengelakkan rumput semula jadi daripada tumbuh semula secara menyeluruh. Selepas itu, tanah diratakan untuk menghasilkan permukaan yang rata.

Langkah ketiga pula adalah untuk menambak dengan kawasan pemasangan dengan pasir. Penggunaan pasir adalah bagi memastikan air mudah untuk meresap ke tanah tidak bertakung di permukaan rumput apabila hujan turun dengan lebat. Pasir kemudian boleh dimampatkan menggunakan mesin pemampat untuk rasa permukaan yang lebih solid dan selesa. Langkah terakhir pula adalah dengan membentang rumput tiruan. Pembentangan perlulah dilakukan dengan mengikut saiz ruangan bagi menjimatkan penggunaan rumput tiruan, dan pembentangan perlulah mengikut alur rumput agar rumput tidak ‘berbelak’. U-nail pula digunakan untuk mengemas dan mematikan rumput di bahagian ‘tepi’. Rumput akan lebih tidak mudah untuk bergerak, terangkat atau terselak apabila kita membuat aktiviti diatasnya. Kemudian, sambungan antara rumput pula boleh dilakukan menggunakan seamless tape atau gam silikon. Selesai semua langkah, barulah rumput yang dipasang nampak cantik, kemas dan memukau! Wahh korang takkan la taknak laman rumah nampak macam ni kan?

Panduan pemasangan setiap langkah!

  • Kenalpasti kawasan yang ingin dipasang rumput
  • Buat kiraan panjang dan lebar ruangan
    • Lukis ruangan dan catat saiz jika boleh
  • Periksa saliran dan saluran air ruangan
  • Buat persediaan untuk tempat mengalihkan rumput asli
  • Beli peralatan yang lengkap dan mencukupi
  • Gali semua rumput asli di kawasan pemasangan
    • Gunakan cangkul atau penyodok untuk memudahkan kerja
  • Alihkan / buang rumput asal ke tempat yang disediakan
    • Guna kereta sorong untuk memudahkan kerja pengalihan
  • Gali sedikit tanah dan ratakan semula
    • Mampatkan tanah semula gunakan cangkul atau penyodok
  • Bentang weedmat untuk menutupi kawasan pemasangan
  • Bawa pasir halus, tabur dan ratakan di atas weedmat
    • Gunakan ‘sand-levelling rake’ untuk permukaan yang lebih rata
  • Mampatkan pasir menggunakan peralatan yang sesuai seperti mesin pemampat
    • Gunakan cangkul atau penyodok jika tiada mesin
  • Rancang susunan dan arah bentangan rumput mengikut lukisan pelan
  • Bentang gulungan rumput mengikut pelan
    • Potong lebihan rumput gunakan pisau pemotong (box cutter knife)
  • Gunakan ‘kicker’ atau ‘chucker’ untuk meluruskan dan menegangkan rumput bagi mengelakkan alunan pada permukaan
  • Guna gam silikon atau seamless tape untuk sambungan antara bentangan rumput
  • Pakukan ‘turf nail’ atau ‘U-nail’ di bahagian sudut, sisi dan tempat sambungan

Tadaa! Kini anda mempunyai rumput yang cantik dan memukau untuk anda dan keluarga anda nikmati bersama. Jadi kreatif dan tambahkan hiasan lain seperti tanaman pasu, tapak batu, batu kerikil dan lain-lain untuk meningkatkan lagi kemeriahannya. Dan jangan lupa untuk berkongsi rumput kreatif anda sendiri kepada kami di sini!

Patutkah anda gunakan rumput tiruan di rumah anda?

Jadi, patutkah anda menggunakan rumput tiruan untuk balkoni, halaman atau dinding anda? Jawapannya sebenarnya bergantung kepada banyak sebab. Walau bagaimanapun, jika anda ingin mengubah rumah anda dengan sesuatu yang menenangkan mata dan rasa maka jawapannya adalah YA. Kelebihan yang ditawarkan oleh rumput tiruan tidak boleh dipandang remeh atau diabaikan, seperti:

  1. Penyelenggaraan yang mudah – rumput tidak tumbuh/memanjang, jadi tidak perlu memotong atau menggunakan racun herba lagi
  2. Kos penyelenggaraan yang rendah – tidak perlu berbelanja untuk bayaran buruh atau penyelenggaraan yang tinggi
  3. Hijau sepanjang tahun – dengan perlindungan UV, halaman anda kekal cantik dan damai

Secara keseluruhannya, rumput tiruan adalah pilihan terbaik untuk balkoni, laman, dan dinding kerana ia mudah dijaga, menjimatkan kos, dan kekal menghijau sepanjang tahun dengan perlindungan UV. Nikmati ruang luar yang cantik dan tanpa kerumitan tanpa perlu risau tentang memotong rumput atau penyelenggaraan. Bersedia untuk mengubah suai rumah anda dengan rumput tiruan berkualiti? Hubungi Al Aqsa Carpets hari ini untuk produk berkualiti dan pemasangan profesional!

MAKLUMAT LANJUT BOLEH DIDAPATI DI BAWAH

Berminat dengan produk kami? Hubungi kami atau terus ke kedai dengan link disediakan di bawah

AL AQSA CARPETS FACTORY OUTLET SHOWROOM

Untuk maklumat lanjut berkenaan sebarang produk atau servis yang kami tawarkan, jangan ragu untuk terus hubungi kami di mana-mana link yang disediakan di bawah.

 📞 CALL / 📱 WHATSAPP 👇🏻

Dapatkan pengalaman indah dan tidak dapat dilupakan apabila anda berbelanja dan membeli belah di cawangan kami, dimana setiap produk telah siap dipaparkan untuk setiap pelanggan lihat, sentuh dan cuba dulu kualitinya sebelum membuat sebarang pembelian.

Cawangan Al Aqsa Carpets terletak berhampiran degnan ST Rosyam Mall dan mudah untuk dicapai oleh Lebuhraya KESAS, Lebuhraya Federal dan Lebuhraya LKSA. Jumpa anda disini nanti ya!

AQSA ONLINE STORE

Beli produk kami secara atas talian! Gunakan kod AQSA15 untuk lebih diskaun!
PROMO
1