Pantas, Profesional, Teliti - Itulah sebabnya Al Aqsa Carpets dipercayai dalam memasang Lantai SPC di lebih 1000+ rumah di Malaysia sejak 2021
Ada banyak sebab kenapa orang mempercayai Al Aqsa Carpets untuk memasang lantai SPC di rumah mereka – baca sehingga habis untuk mengetahui lebih lanjut!
Apakah Lantai SPC dan Permintaan Pelanggan
Ramai yang sebenarnya tak tahu yang lantai SPC ni ada banyak kelebihan yang menjadikannya salah satu pilihan popular dalam projek hiasan dalaman rumah. Lantai SPC atau Stone-Polymer Composite adalah sejenis produk lantai yang diperbuat dari bahan utama batu kapur, dicampur sedikit dengan PVC dan ‘bonding reagent’ untuk mengkuatkan dan meningkatkan daya ketahanan setiap kepingan lantai SPC. Ia kian menjadi pilihan popular dalam dunia hiasan dalam kerana pemasangannya yang tidak memerlukan gam, menjadikan proses pemasangannya lebih pantas dan tidak rumit.
Jadi, harini Al Aqsa Carpets ingin berkongsikan sedikit pengalaman pemasangan di rumah klien kami ini di Duta Park Residence, W.P Kuala Lumpur, berhampiran Putra World Trade Centre (PWTC). Klien kami berhasrat untuk memasang lantai SPC di rumahnya, lebih tepat lagi di ruang tamu, ruangan dapur dan ruangan istimewa beliau – bilik haiwan peliharaan kucingnya. Setelah bersetuju dengan tarikh kekosongan serta pilihan warna lantai SPC (kod 3003) untuk ruangan rumahnya, pihak Al Aqsa Carpets pun membuat persiapan untuk pemasangan ini.
Sebagai tips tambahan daripada kami – dengan kemajuan teknologi datang kewujudan kecerdasan buatan (AI) seperti ChatGPT, Google Gemini, Meta AI dan banyak lagi untuk dinamakan untuk membantu kita dalam kehidupan kita – era ‘ketandusan idea’ kita mungkin telah menemui penghujungnya. Daripada berfikir dan mencari idea merentas berbilang platform media sosial seperti Facebook, Instagram atau Pinterest, kita boleh meminta mana-mana AI yang tersedia sekarang dengan menggunakan ‘prompt’ untuk menghasilkan idea untuk anda berdasarkan keperluan dan keperluan anda. Agak mudah ya? Walau bagaimanapun, anda perlu tahu cara menggunakan AI dengan betul untuk benar-benar memaksimumkan outputnya – menjadikan ia perkara baharu untuk dipelajari.
Professionalisme Terkemuka dan Hasil Pemasangan
Pada hari yang dijanjikan, pihak Al Aqsa Carpets bertolak seawal jam 9.30 pagi dan tiba ke rumahnya di Duta Park Residence, W.P Kuala Lumpur pada jam 11 pagi bersama produk yang dipersetujui. Klien ada menyatakan yang pemasangan perlu siap sebelum jam 5 petang disebabkan oleh jadual dan masa yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan Duta Park Residence, jadi tanpa melengahkan masa team Al Aqsa Carpets terus memulakan pemasangan sejurus tiba di rumahnya.
Pemasangan lantai SPC bersama aksesorinya (skirting dan reducer) berjaya disiapkan dalam masa yang sangat pantas, hanya memerlukan 4 jam sahaja. Hal ini dimungkinkan kerana pihak Al Aqsa Carpets menghantar 5 orang pemasang berpengalaman, digandingkan dengan peralatan pemasangan yang lengkap seperti ganding getah, pisau pemotong, playar, grinder sudut, sesiku L, caulking gun dan gam silikon. Kredit juga diberikan kepada klien Al Aqsa Carpets kerana telah siap mengosongkan ruangan rumahnya dari perabot dan kekotoran yang membantu mempercepat proses pemasangan ini, disamping oleh kualiti produk lantai SPC dari Al Aqsa Carpets itu sendiri.
Produk lantai SPC dari Al Aqsa Carpets ini digemari dan dipercayai oleh orang ramai disebabkan beberapa faktor, antaranya:
1. Kepingan SPC berketebalan 4.5mm + 1mm XPE Foam
2. Kepingan kalis air, anti calar dan anti anai-anai
3. Klip kepingan yang tahan lasak dan tidak mudah patah
4. Pilihan corak dan warna yang ‘in-trend’
Kami ingin menyatakan yang klien amatlah berpuas hati dengan produk dan servis pemasangan yang penuh hemat dan teliti dari Al Aqsa Carpets – bermula dari proses berurusan di WhatsApp sehinggalah ke kemasan akhir aksesori lantai SPC seperti skirting dan reducer yang dipasang di rumahnya. Pada anda semua yang berminat dengan produk Al Aqsa Carpets dan ingin mendapatkan khidmat dan servis kami, boleh terus ke cawangan kami di Seksyen 36, Desa Latania Shah Alam atau boleh hubungi kami di talian yang disediakan di bawah.
Ringkasan Keseluruhan
Al Aqsa Carpets dengan bangganya memasang lantai SPC berkualiti tinggi kami di rumah pelanggan di Duta Park Residence, Kuala Lumpur. Projek ini telah siap dengan pantas dalam masa 4 jam sahaja, terima kasih kepada pasukan profesional kami yang berpengalaman dan alatan terkemuka. Lantai SPC semakin popular kerana ciri unggulnya: kalis air, kalis calar, kalis anai-anai dan klip papan yang kukuh. Pelanggan sangat berpuas hati dengan kedua-dua produk dan perkhidmatan pemasangan kami yang tepat dan bertimbang rasa. Jika anda berminat untuk menaik taraf rumah anda dengan lantai SPC kami, kunjungi cawangan kami di Seksyen 36, Desa Latania Shah Alam atau hubungi kami melalui butiran perhubungan di bawah.
AL AQSA CARPETS FACTORY OUTLET SHOWROOM
Untuk maklumat lanjut berkenaan sebarang produk atau servis yang kami tawarkan, jangan ragu untuk terus hubungi kami di mana-mana link yang disediakan di bawah.
📞 CALL / 📱 WHATSAPP 👇🏻
Dapatkan pengalaman indah dan tidak dapat dilupakan apabila anda berbelanja dan membeli belah di cawangan kami, dimana setiap produk telah siap dipaparkan untuk setiap pelanggan lihat, sentuh dan cuba dulu kualitinya sebelum membuat sebarang pembelian.
Cawangan Al Aqsa Carpets terletak berhampiran degnan ST Rosyam Mall dan mudah untuk dicapai oleh Lebuhraya KESAS, Lebuhraya Federal dan Lebuhraya LKSA. Jumpa anda disini nanti ya!