Zaman bila gunakan tikar getah ni? Dulu boleh lah, sekarang macam dah ketinggalan zaman je...
Haa, kat sini la dimana anda silap. Nak tahu kenapa? Baca sampai habis tau!
APAKAH TIKAR GETAH?
Tikar Getah – sejenis produk yang kebiasaannya digunakan untuk melapik lantai kosong di ruangan rumah. Dahulu, lantai rumah-rumah di Malaysia biasanya diperbuat dari kayu atau sekurang-kurangnya simen render. Produk ini mungkin terhasil dari sejarah Malaysia yang suka menggunakan tikar mengkuang sebagai lapik di rumah untuk mengalas penghuni dari kekotoran atau dari rasa sejuk di waktu malam. Mungkin kerana Malaysia pengeluar dan pembekal getah terbesar di Asia, produk ini telah berjaya terhasil sebagai ganti untuk tikar mengkuang.
Tapi, di zaman moden kini, masih lagi ‘valid’ ke penggunaan tikar getah ni? Mana tidaknya, sekarang untuk kegunaan lantai, ada lebih banyak pilihan yang menarik boleh didapatkan seperti lantai jubin, lantai mozek, lantai SPC dan lantai Vinyl. Setiap satu dari produk lantai yang disebutkan mempunyai banyak kelebihan dan keunikan yang mampu diberikan jika dibandingkan dengan tikar getah, namun ada perkara utama yang masih menjadikan tikar getah satu pilihan yang ‘valid’ untuk pengguna pada zaman kini.
KOS YANG MURAH, PEMASANGAN MUDAH DAN GAYA TERKINI
KOS – ya betul, kos. Walaupun produk lantai moden seperti lantai SPC dan Vinyl kini semakin mengambil alih pasaran dunia dekorasi lantai, kos untuk memilikinya agak tinggi dan ‘menakutkan’ untuk sesetengah pihak, lebih-lebih lagi untuk mereka yang berada di kategori ‘B40’. Tikar getah masih lagi menjadi pilihan untuk para pemilik kunci rumah baharu, mereka yang baru berumah tangga atau mereka yang baru ingin memulakan kehidupan dan kerjaya kerana kosnya yang mampu milik dan ‘budget friendly’.
Sebab lain bagi pemilihan tikar getah yang tidak dimiliki oleh produk lantai yang lain adalah teknik pemasangannya yang mudah. Pemasangan tikar getah tidak memerlukan sebarang ‘skill’ dan pembelajaran yang khusus dan mendalam untuk mempelajari cara memasangnya; walaupun jika anda mempunyai pemahaman yang baik berkenaan produk ini dan cara memasangnya, ia sedikit sebanyak dapat membantu dalam proses pemasangannya menjadi lebih optimum dan cantik. Bak kata pepatah, belakang parang kalau diasah lagikan tajam.
Tapi mungkin ramai yang tidak tahu atau tidak sedar, tatkala zaman berubah menjadi lebih moden dan maju, begitu jugalah kebanyakkan produk yang sedia ada di Malaysia ini. Tikar getah dahulu mungkin cepat rosak, merekah atau merapuh dan perlu diganti setiap setahun atau dua tahun. Namun, ini tidaklah benar pada zaman kini, lebih-lebih lagi jika anda mendapatkan tikar getah Al Aqsa Carpets. Dengan material yang diperbuat dari 100% getah ‘segar’ dan baharu (bukan dari bahan kitar semula), tikar getah Aqsa lebih liat dan sukar untuk rosak seperti ‘tagline’nya, Tahan Lasak, Susah Koyak.
Akhir sekali, punca utama tikar getah menjadi pilihan adalah kerana kemasan akhir yang mampu diberikan. Pemasangan tikar getah dengan betul dan kemas dapat memberikan kesan premium pada lantai anda, lebih-lebih lagi pada design dan corak yang menyerupai atau seakan-akan lantai SPC dan Vinyl. Jadi, ramai yang berpendapat untuk menggunakan tikar getah terlebih dahulu di ruangan rumah mereka sebelum menaiktaraf kepada penggunaan lantai lain seperti SPC atau Vinyl.
RINGKASAN
Jadi, adakah tikar getah masih sesuai dijadikan produk dekor lantai di zaman moden ini? Jawapannya adalah YA. Tikar getah masih menjadi pilihan praktikal dan mesra bajet, terutamanya untuk pemilik rumah baru atau golongan B40. Walaupun lantai moden seperti SPC dan vinyl popular, tikar getah berkualiti—seperti dari Al Aqsa Carpets—kini hadir dengan rekaan tahan lasak dan bergaya, diperbuat daripada getah segar 100%. Dengan pemasangan yang betul, ia boleh memberikan rupa premium seperti SPC atau vinyl. Lawati Al Aqsa Carpets di Seksyen 36, Shah Alam, atau beli secara dalam talian untuk melihat koleksi kami.
AL AQSA CARPETS FACTORY OUTLET SHOWROOM
Untuk maklumat lanjut berkenaan sebarang produk atau servis yang kami tawarkan, jangan ragu untuk terus hubungi kami di mana-mana link yang disediakan di bawah.
📞 CALL / 📱 WHATSAPP 👇🏻
Dapatkan pengalaman indah dan tidak dapat dilupakan apabila anda berbelanja dan membeli belah di cawangan kami, dimana setiap produk telah siap dipaparkan untuk setiap pelanggan lihat, sentuh dan cuba dulu kualitinya sebelum membuat sebarang pembelian.
Cawangan Al Aqsa Carpets terletak berhampiran degnan ST Rosyam Mall dan mudah untuk dicapai oleh Lebuhraya KESAS, Lebuhraya Federal dan Lebuhraya LKSA. Jumpa anda disini nanti ya!