Karpet Roll, karpet premium dan karpet masjid dari Al Aqsa Carpets

Karpet roll atau karpet gulung merupakan karpet untuk ruangan kediaman, pejabat atau komersial. Datang dengan 1 gulung, antara pajang 17 kaki – 99 kaki bergantung kepada jenis karpet yang pelanggan pilih. Pelbagai jenis corak, warna dan ketebalan khusus untuk anda miliki. Tidak kira apa juga keperluan ruangan anda, pastinya karpet roll, karpet premium atau karpet masjid menjadikan ruangan anda lebih kemas dan cantik. Al Aqsa Carpets merupakan pembekal, pengedar dan pemborong karpet event dan karpet masjid terbesar di Malaysia. Dengan keluasan keseluruhan ruangan lebih 7 ekar, pastinya stok sentiasa ada dan pasti dapat memenuhi kehendak dan gaya ruangan anda. Malah kami mempunyai pelbagai seleksi karpet masjid berkualiti tinggi dan di jamin menggunakan 100% fiber halal. Malah, kami di Al Aqsa Carpets merupakan mengeluar atau pengilang pertama mengeluarkan karpet masjid dengan ketebalan 16MM. Apakah kelebihan dan kekurangan karpet-karpet ini?

Karpet Needle Punched dari Al Aqsa Carpets

Untuk karpet roll, saya mulakan dengan jenis Needle Punched dari Al Aqsa Carpets. Needle punched merupakan karpet jenis nipis dan sering digunakan untuk event. Pelbagai jenis warna untuk anda miliki dengan harga lebih rendah berbanding biasa. Terdapat 2 jenis saiz yang kami sebutkan sebagai saiz bundle dan saiz roll, iaitu 6kaki x 16.7kaki (sebundle untuk 102/SQFT) dan 6kaki x 82kaki (seroll untuk 492/SQFT). Biasanya untuk event, pelanggan selalu membeli gulungan besar iaitu 6kaki x 82kaki. Dengan keluasan dan harga terendah di pasaran, pastinya akan menjadikan ruangan event anda lebih kemas, teliti dan cantik. Harga untuk karpet pejabat dengan saiz bermula dari RM45.00/bundle untuk warna dark grey dan RM50.00/bundle untuk warna lain. Pastinya harga dari Al Aqsa Carpets lebih rendah dan termurah di pasaran. Untuk event pula, Al Aqsa Carpets menjual karpet saiz 1 gulung besar dengan saiz 6kaki x 82kaki (untuk 492/SQFT). Pelbagai jenis warna dan harga bermula dari RM138/Gulung untuk warna standard, RM156/Gulung untuk warna khas (putih, pink, yellow dan apple green) dan RM272/Gulung (warna standard) dengan saiz 3M x 30M. Material needle punched adalah non-woven polypropylene dan dengan ketebalan 1.2MM serta GSM2 adalah 220 dan 6.5 OZ. Untuk mendapatkan harga event, ada terma dan syarat yang perlu anda ikuti. Needle punched mempunyai permukaan yang tidak terlalu berbulu memastikan kemasan akhir pemasangan lebih cantik dan teliti. Pemasangan karpet needle punched boleh bertahan sehingga 6-12 hari bergantung kepada permukaan dan kadar penggunaan atau lalu lintas di Kawasan tersebut. Kawasan jualan anda akan tampil lebih cantik dan menarik dengan penggunaan karpet needle punched dari Al Aqsa Carpets.

Karpet Super Ribbed dari Al Aqsa Carpets

Karpet kedua adalah karpet super ribbed dari Al Aqsa Carpets. Dengan pelbagai jenis warna untuk anda miliki, pastinya pemilihan karpet jenis ini adalah sesuai untuk ruangan anda. Karpet super ribbed juga boleh digunakan untuk event atau pejabat. Untuk jangka masa event lebih dari 8 – 16 hari, kami cadangkan anda memilih karpet super ribbed untuk kegunaan tempat anda. Dengan ketebalan 1.8MM, material dari Non-Woven Polypropylene dan GSM2 350 11 OZ, pastinya ketahanan dan lebih prestasi berbanding carpet needle punched. Malah karpet super ribbed mempunyai jalur halus yang memberi texture dan dimensi kepada pengguna dan hasil kemasan akhir untuk sesuai Kawasan. Dengan adanya texture ini, pastinya pelanggan yang hadir ke booth atau event anda lebih selesa malah dengan ketebalan 1.8MM pastinya memberi ketahanan kepada persekitaran event anda. Untuk karpet super ribbed mempunyai lebih 16 jenis warna seperti teh Tarik, black, dark brown, chili red hinggalah yellow, spring green dan banyak lagi. Harga bermula dari RM55/bundle (6.5kaki x 15.5kaki) untuk warna dark grey dan RM60/bundle (6.5kaki x 15.5kaki) untuk warna lain. Untuk kegunaan event pula, harga bermula dari RM200/Gulung (6.5kaki x 82kaki (533SQFT) untuk warna standard dan RM220/Gulung untuk warna khas seperti white, pink, yellow dan apple green. Dengan kualiti dan harga yang lebih rendah berbanding kedai lain, pastinya anda akan dapat penjimatan berganda.

Karpet VOC dari Al Aqsa Carpets

Karpet ketiga ini lebih sesuai digunakan untuk ruangan pejabat adalah karpet VOC roll. Karpet ini merupakan karpet yang sedikit berbulu tetapi selesa di pijak, baring dan lebih tahan lasak berbanding karpet needle punched dan super ribbed dari Al Aqsa Carpets. Biasanya karpet jenis ini digunakan untuk ruangan pejabat atau ruangan komersial yang disewa atau mahu menghiasi atau melapik lantai ruangan untuk jangka masa yang singkat. Terdapat 10 jenis warna untuk anda miliki dengan harga bermula dari RM100/SQFT (6.5kaki x 15.5kaki) untuk warna dark grey dan RM110/Gulung untuk warna lain. Anda boleh memilih sama ada 6.5kaki x 15.5kaki atau 6.5kaki x 8 kaki (gulungan besar). Material untuk karpet VOC roll adalah Non-Woven Polypropylene velour, yang bermaksud sedikit berbulu dan tiada backing. Dengan ketebalan 4MM – 5MM, dengan GSM2 500 15 OZ pastinya menjadikan ruangan anda lebih kemas. Kelebihan karpet VOC ini adalah ia boleh menyerap bunyi dan selalunya digunakan di tempat musik atau bilik kedap bunyi. Dengan warna dan kualiti yang tinggi, pastinya ruangan anda akan lebih kemas dengan sentuhan karpet VOC dari Al Aqsa Carpets.

Karpet Loop Pile dari Al Aqsa Carpets

Karpet keempat adalah jenis Loop Pile. Karpet jenis Loop Pile adalah karpet pejabat yang paling popular dan menjadi pilihan untuk ruangan kediaman, pejabat atau komersial. Dengan 12 jenis warna yang menarik, pastinya menjadikan ruangan anda lebih kemas. Karpet loop pile bermaterial Aqsa Woven PP dengan ketebalan 5MM, GSM2 745 dan 22 OZ. Kualiti karpet loop pile lebih baik berbanding needle punched, super ribbed atau VOC roll. Karpet loop pile mempunyai backing yang berfungsi untuk memberi keta­­hanan, perlindungan kepada lantai dan karpet itu sendiri. Dengan adanya backing, karpet lebih tahan lama dan tahan lasak berbanding karpet jenis lain. Karpet jenis ini sering menjadi pilihan kerana ketahan sehingga 8 – 10 tahun bergantung kepada persekitaran dan lalu lintas dan berat produk.

Keempat-empat karpet di atas boleh digunakan untuk event atau ruangan kediaman, pejabat atau komersial. Khas untuk event, kami di Al Aqsa Carpets mensyorkan agar anda memilih needle punched atau super ribbed. Kerana ketahanan dan harga lebih rendah dan ekonomi. Jika anda memilih untuk ubahsuai ruangan kediaman, pejabat atau ruangan komersial untuk digunakan dalam jangka masa Panjang, anda boleh memilih karpet VOC atau Loop Pile. Hal ini kerana daya tahan dan jangka hayat produk lebih tinggi berbanding dua karpet terdahulu. Kami di Al Aqsa Carpets bukan sahaja menjual tetapi memberi info dan keterangan yang jitu sebelum anda membuat pilihan.

Karpet premium dari Al Aqsa Carpets

Karpet premium dari Al Aqsa Carpets mempunyai pelbagai jenis karpet premium untuk ruangan kediaman, pejabat dan komersial. Datang dengan pelbagai jenis corak, warna dan ketebalan untuk anda miliki dengan harga lebih rendah berbanding biasa. Dengan servis siap pasang termurah, terbaik dan teliti, Al Aqsa Carpets percaya servis kami menjadikan ruangan anda lebih kemas teratur.

Pelbagai jenis harga untuk anda miliki

Karpet premium dari Al Aqsa Carpets datang dengan pelbagai jenis harga untuk anda miliki dengan harga lebih rendah. Harga bekal bermula dari RM3.50/Kaki persegi (SQFT) sehinggalah RM20.00/Kaki persegi (SQFT). Harga yang kami tawarkan adalah termurah dan terbaik di pasaran. Malah, kami mempunyai ready stok yang banyak dan anda boleh terus cash & carry untuk pelbagai jenis karpet untuk anda. Malah kami juga menyediakan servis jahit tepi untuk memastikan karpet yang anda miliki lebih cantik dan kemas. Malah ramai contractor yang datang dan beli pelbagai jenis karpet untuk kegunaan pelanggan mereka.

Pelbagai jenis harga untuk anda miliki

Karpet premium dari Al Aqsa Carpets datang dengan pelbagai jenis harga untuk anda miliki dengan harga lebih rendah. Harga bekal bermula dari RM3.50/Kaki persegi (SQFT) sehinggalah RM20.00/Kaki persegi (SQFT). Harga yang kami tawarkan adalah termurah dan terbaik di pasaran. Malah, kami mempunyai ready stok yang banyak dan anda boleh terus cash & carry untuk pelbagai jenis karpet untuk anda. Malah kami juga menyediakan servis jahit tepi untuk memastikan karpet yang anda miliki lebih cantik dan kemas. Malah ramai contractor yang datang dan beli pelbagai jenis karpet untuk kegunaan pelanggan mereka.

Ketebalan dan material yang berbeza

Apabila anda beli karpet premium dari Al Aqsa Carpets, anda akan dapat pelbagai jenis ketebalan dan material yang berbeza mengikut jenis, ketebalan dan harga yang kami tawarkan. Ketebalan yang paling nipis adalah 9MM hinggalah jenis shaggy dengan ketebalan 50MM khusus untuk ruangan anda. Tidak kira apa juga kehendak, tema dan budget anda, pastinya variasi ruangan anda akan tampil lebih cantik dan mempersonakan. Karpet premium dari Al Aqsa Carpets biasanya di gunakan untuk ruangan kediaman, pejabat dan komersial. Tampil dengan pelbagai ketebalan, pastinya pelanggan atau pengguna memperoleh keselesaan dan kelembutan carpet premium dari Al Aqsa Carpets.


Material yang berbeza kerana setiap karpet premium dari Al Aqsa Carpets datang dari pelbagai jenis kilang. Terdapat premium karpet yang khusus untuk kegunaan komersial atau masjid sahaja. Kawasan ini biasanya memerlukan ketumpatan dan kelembutan yang selesa dipijak, sujud dan duduk dalam keadaan yang lama. Material untuk ruangan ini biasanya menggunakan Aqsa PP heat Twisted Double 100% Halal yang eksklusif hanya boleh di dapati di Al Aqsa Carpets. Untuk kualiti yang lebih rendah tetapi dengan harga berbaloi anda boleh pilih karpet premium dengan jenis benang Aqsa PP BCF Twisted 100% Halal. Jenis benang ini mempunyai ketebalan dan ketahanan medium dan tetapi masih boleh digunakan untuk ruangan komersial dan solat. Untuk ruangan khusus untuk pejabat dan komersial yang tidak memerlukan pengguna sujud atau duduk dalam keadaan yang lama, anda boleh ambil jenis material 100% Heatset Duralox Ofelin. Kelembutan dan prestasi benang ini sesuai untuk Kawasan dewan, banquet, pejabat atau ruangan komersial. Jika ruangan anda lebih kepada kegunaan tempat komersial anda boleh mengambil produk karpet dengan material jenis benang Cut Pile Woven Axminster (80% Woll (New Zealand and British Wool) 20% Solutia Woven Axminster. Jenis benang ini lebih berbulu dan tidak sesuai digunakan untuk pengunjung atau pengguna yang berkaki ayam atau sujud atau baring. Material lebih keras dan pastinya meninggalkan kesan benang di baju atau seluar. Biasanya jenis karpet ini digunakan di tempat yang mempunyai kadar lalu lintas yang tinggi dan perkakas yang berat.

Karpet Masjid dari Al Aqsa Carpets

Al Aqsa Carpets merupakan pakar dalam bidang pemasangan dan pembekal karpet masjid terbesar dan terbaik di Semenanjung Malaysia. Malah, kami mempunyai pengalaman dalam bidang karpet masjid lebih daripada 50 tahun. Kebanyakan karpet masjid dan surau di Malaysia menggunakan servis dari Al Aqsa Carpets. Anda juga boleh layari laman sesawang kami (https://www.alaqsacarpets.com//) untuk dapatkan lebih informasi berkenaan harga, warna dan jenis karpet masjid yang terdapat di Al Aqsa Carpets.

Karpet masjid yang kami tawarkan mempunyai banyak keistimewaan dan kelebihan berbanding produk lain yang terdapat di pasaran. Selain dari kualiti produk, kami akan memberikan info yang menyeluruh kepada anda dalam pemilihan karpet masjid, pemasangan dan harga dalam 1 tempat. Al Aqsa Carpets mempunyai kilang sendiri untuk meneliti dan menghasilkan karpet masjid yang terbaik untuk kegunaan muslim & muslimah.  Keistimewaan utama kami adalah menggunakan benang 100% fiber halal dalam pembuatan karpet masjid khusus untuk kegunaan tempat beribadah umat Islam. Di Al Aqsa Carpets barangan yang ditawarkan adalah ‘ready stock’ terbesar di Malaysia dan anda boleh memilih corak dan warna yang bersesuaian dengan citarasa dan budget anda.

Terdapat beberapa faktor yang anda perlu tahu sebelum memilih dan memasangan karpet masjid. Berikut adalah factor karpet masjid dalam kategori karpet masjid Al Aqsa Wesaveyousave. Antara factor yang wajib diambil kira adalah;

 

 

1.    KETEBALAN & KEPADATAN KARPET MASJID

Pertama adalah berkenaan dengan ketebalan dan kepadatan karpet masjid. Ketebalan bermaksud tinggi (MM) karpet masjid yang akan dipilih untuk dapatkan keselesaan beribadah di dalam sebuah masjid atau surau. Manakala, kepadatan adalah jarak antara bebenang yang terdapat pada karpet masjid tersebut. Jika bebenang yang digunakan terlalu padat, ia akan menyukarkan proses pembersihan kerana ia memerangkap habuk masuk ke dalam karpet tersebut. Menjadikan karpet masjid berbau dan boleh mendatangkan penyakit kepada jemaah. Dibawah adalah ketebalan dan kepadatan karpet masjid dalam kategori karpet masjid Al Aqsa Wesaveyousave.

 

Kategori Karpet Masjid
‘WESAVEYOUSAVE’
Ketebalan dan Kepadatan
Al Mashriqi
+- 10mm
Al Qatari Aqsa ®
+- 12mm
Al Haramain Aqsa ®
+-16mm

Untuk kategori Karpet Masjid ‘WESAVEYOUSAVE, ketebalan dan kepadatannya adalah dimaksimakan yang mana ia sudah cukup tebal dan cukup padat untuk kegunaan masjid dan surau di Malaysia. Ketebalan yang kami tawarkan adalah terbaik.

2. PENILAIAN (RATING)

Faktor kedua adalah penilaian (rating) karpet masjid yang berdasarkan penilaian Al Aqsa Carpets. Penilaian yang diberikan adalah berdasarkan segi harga, kualiti benang, kelembutan dan daripada segi penjagaan yang mudah serta senang untuk dibersihkan. Penilaian ini adalah untuk produk kami sendiri dan bukan penilaian produk barangan luar. Untuk pemahaman anda, penilaian ini diberikan untuk kesenangan anda memilih karpet masjid yang kami tawarkan dengan mudah. Di bawah ini, adalah penilaian berdasarkan karpet masjid Al Aqsa Carpets. 

Kategori Karpet Masjid
‘WESAVEYOUSAVE’
Penilaian
Al Mashriqi
4-Star
Al Qatari Aqsa ®
5-Star
Al Haramain Aqsa ®
7-Star

3. OZ DAN GSM2

Seterusnya adalah Oz & GSM2 untuk segulung karpet. Oz dan GSM ini adalah berat karpet yang telah siap dibuat oleh pihak kilang. Cara pengiraan dan untuk pengetahuan ialah, 1M x 1M dan perlu timbangkan untuk keseluruhan. Untuk pengiraan Oz benang karpet sahaja, kiraan perlu dikurangkan 15% daripada berat asal Oz. Di bawah adalah berat Oz dan GSM untuk karpet masjid kategori Wesaveyousave.

Kategori Karpet Masjid
‘WESAVEYOUSAVE’
OZ
GSM
Al Mashriqi
55
1644
Al Qatari Aqsa ®
88
2500
Al Haramain Aqsa ®
116
3200

Jadi, cara kiraan OZ benang untuk Al Mashriqiialah;

4. HARGA BEKAL DAN HARGA SIAP PASANG

Faktor keempat adalah harga bekal dan harga siap pasang. Untuk harga bekal, anda boleh ambil sendiri barang di cawangan kami, atau anda boleh menggunakan servis penghantaran. Manakala untuk harga siap pasang, termasuk untuk caj pemasangan untuk masjid atau surau mengikut kawasan atau lokasi tempat. Untuk harga siap pasang tidak termasuk dengan harga penghantaran tetapi untuk kawasan Lembah Klang sudah termasuk dengan harga penghantaran.

5. JENIS BENANG (TAK SIAP)

Kelima adalah jenis benang. Kebiasaannya, kami akan terangkan jenis benang yang digunakan untuk setiap karpet masjid yang kami jual. Untuk pembuatan karpet, ia akan menggunakan beberapa jenis benang. Terdapat 6 jenis benang iaitu;

Nama Benang Gambar
Benang PP + BCF (Jenis benang terbuka)

Benang PP + Twist (Tanpa Pemanasan)

Benang PP + Twist (50% Pemanasan)

Benang PP + Twist (100% Pemanasan dan Halal)

Pertama, benang PP + BCF. Benang jenis BCF adalah benang jenis terbuka yang akan menampakkan benang yang digunakan untuk membuat karpet nampak tebal. Material benang yang digunakan mempunyai kelembutan yang sederhana dan jenis benang ini belum diproses lagi. Untuk menghasilkan benang ini, ia akan menggunakan mesin yang mempunyai cip PP sahaja. Contohnya, Al Mashriqi menggunakan 300 ribu benang sahaja untuk satu gulung besar dengan ketebalan +10MM tetapi benang terbuka ini akan memberikan impak seperti kami menggunakan 500 ribu benang untuk karpet tersebut. Kelembutan dan ketahanan adalah sederhana, disebabkan itu penilaian daripada Al Aqsa Carpets untuk karpet masjid Al Mashriqi dengan 4-star.

Kedua, benang PP + Twist. Benang PP + Twist adalah jenis benang yang dilipat dan disimpulkan seperti gambar di kotak atas. Benang yang disimpulkan (twist) akan menjadi padat dan lebih kuat berbanding benang BCF. Untuk benang twist terbahagi kepada 3 jenis dan dibawah ini adalah kategori karpet masjid mengikut jenis benang twist tersebut.

Jenis Benang dan Kaedah Pemanasan Kategori Karpet Masjid
Benang Twist tanpa pemanasan
Kategori Al Mukhtalif
Benang Twist dengan 50% pemanasan sahaja
Kategori Al Mutaradif
Benang Twist dengan 100% pemanasan berganda dan 100% halal
Kategori WeSaveYouSave

Untuk kos pembuatan benang twist tanpa pemanasan mempunyai kos yang rendah untuk pemanasan berbanding 50% pemanasan dan 100% pemanasan berganda yang mempunyai kos yang tinggi untuk pembuatan. Dari segi keselesaan dan kelembutan pula, 100% pemanasan berganda mempunyai kelembutan benang yang tinggi dan akan memberikan keselesaan kepada para Jemaah untuk melakukan ibadah berbanding kaedah tanpa pemanasan dan 50% pemanasan. Dengan 100% pemanasan berganda, akan membuatkan benang karpet akan lebih kuat, tahan lasak dan lebih berkilat. Jadi ia akan lebih tahan lasak dan mempunyai tempoh hayat penggunaan yang lebih lama. Untuk benang twist 50% dan benang twist 100% pemanasan berganda, pihak pembuatan akan bakar dan panaskan benang untuk semua bakteria dan kotoran yang ada. Ia akan dicuci hingga bersih menggunakan air panas. Dalam proses pemanasan, akan ada 3x pemanasan sebelum ia dikeluarkan. Sebagai contoh, Al Haramain Aqsa ® akan dimasukkan ke dalam mesinn untuk dibasuh di dalam air panas kira kira 80 °C. Di dalam mesin tersebut, ia akan satukan semua bahan menjadi satu. Semasa proses ini, ketebalan Al Haramain Aqsa ® adalah 22mm sahaja. Selepas ia melalui proses pencucian dan pemanasan, ketebelan akan mengecut kepada ketebalan maksimum di antara 16-18mm sahaja. 

Selepas pemilihan benang, terdapat 2 kaedah untuk pembuatan karpet masjid iaitu kaedah penampalan dan kaedah tenunan @ sulaman. Kaedah penampalan adalah permukaan atas dan belakang akan dicantumkan antara satu sama lain menggunakan gam latex seperti karpet masjid Al Mashriqi. Mesin yang digunakan untuk kaedah penampalan ini mempunyai kekangan dari segi menghasilkan pelbagai jenis corak dan warna dalam satu masa. Ia perlu menggunakan dua buah mesin yang berlainan untuk menghasilkan permukaan atas dan untuk menghasilkan permukaan belakang (backing) sebelum ia dicantumkan antara satu sama lain. Kaedah penampalan ini menggabungkan empat jenis bahan iaitu latex, fiberglass, tali guni (jute) dan benang. Manakala, kaedah tenunan atau sulaman adalah kaedah yang menggunakan benang dan bahan-bahan lain dan dimasukkan ke dalam satu buah mesin untuk menghasilkan karpet yang akan menamoakkan corak yang timbul di permukaan atas dan belakang karpet. Kaedah tenun @ sulam ini menggabungkan lima jenis bahan; tali guni (jute), cotton, nylon, latex dan benang, Contoh karpet masjid yang menggunakan kaedah ini ialah Al Qatari Aqsa ® dan Al Haramain Aqsa ®.

Seterusnya, kesemuanya karpet masjid yang dijual di Al Aqsa Carpets adalah buatan daripada Turkey. Ini kerana kami ingin menyokong pengeluaran daripada negara Islam.

Di Al Aqsa Carpets, karpet masjid yang dijual oleh mereka mempunyai dua jenis saiz saf sahaja iaitu jenis 4 kaki dan jenis 4 kaki 3 inci. Yang menarik di Al Aqsa Carpets, mereka membuat saiz saf dengan lebar 4 kaki dengan 12mm dan 16mm ketebalan. Kebanyakkan pembekal karpet masjid, menggunakan saiz saf 4 kaki 3 inci untuk ketebalan seperti itu.

KENAPA PRODUK AL AQSA CARPETS, PEMBUATAN SAIZ SAF MENGGUNAKAN LEBAR 4 KAKI?

Untuk kategori WeSaveYouSave karpet masjid Al Qatari Aqsa ® dan Al Haramain Aqsa ®adalah produk premium yang berkualiti tinggi. Jadi, kami telah tetapkan untuk pembuatan Al Qatari Aqsa ® dan Al Haramain Aqsa ® haruslah mempunyai 20 Meter panjang dan 8 kaki lebar untuk mengelakkan masalah yang akan timbul di kemudian hari. Jika lebar dan panjang melebihi had maksimum yang ditetapkan, mesin tidak akan boleh menyokong pembuatan karpet masjid tersebut. Antara masalah yang akan timbul ialah ianya susah untuk diangkat untuk dimasukkan ke dalam kontena atau truck dan sukar untuk penyimpanan stok di gudang @ warehouse. Dengan saiz lebar dan panjang yang telah ditetapkan ini, Al Qatari Aqsa ® dan Al Haramain Aqsa ® mudah untuk disimpan di dalam gudang warehouse, mudah untuk dibawa pulang oleh pelanggan jika mereka mengambil di kedai. Selain itu, dengan saiz yang kecil ini akan mengurangkan pembaziran penggunaan semasa pemasangan di kawasan-kawasan tertentu seperti jika masjid tersebut mempunyai kiblat serong. Seterusnya, pelanggan juga senang untuk membeli mengikut saiz gulung yang kecil ini dengan harga yang rendah dan ditawarkan oleh pihak Al Aqsa Carpets. Untuk lebar saf yang 4 Kaki 3 Inci, lebar gulung adalah 13 Kaki. Manakala untuk lebar saf 4 Kaki, lebar gulung ialah 12 Kaki. Untuk lebih mudah faham, di bawah ini adalah contoh kiraan secara kasar sebagai rujukan anda.

Kategori ‘WeSaveYouSave’ Saiz Saf Lebar & Panjang (Kaki)
Al Mashriqi
4
12’ x 98’
Al Qatari Aqsa ®
4
8’ x 67’
Al Haramain Aqsa ®
4
8’ x 67’

Selepas anda sudah tahu jenis benang, cara pengiraan, bagaimana cara pembuatan karpet masjid ini, anda mesti nak tahu tentang cara penjagaan karpet kan? Takkan dah beli, anda taknak jaga dan bersihkan. Cara penjagaan karpet masjid ini mudah sahaja, anda perlu cuci karpet masjid dan vacuum karpet masjid dengan kerap. Ia adalah untuk melindungi karpet daripada bakteria dan habuk daripada masuk ke dalam bebenang karpet. Cadangan untuk mencuci karpet masjid;

Tempoh Pencucian
3 bulan sekali. Ini adalah terbaik untuk penjagaan karpet masjid.
6 bulan sekali dalam setahun.
1 kali setahun sebelum bulan Ramadhan. Ia tidak digalakkan oleh Al Aqsa Carpets.

Selain itu, anda juga perlu vacuum karpet masjid sekurang-kurangnya;

Tempoh yang Diperlukan untuk Vacuum
1x Sehari
3x Seminggu
1x Seminggu
(Tidak Digalakkan)

Dalam pemilihan karpet, anda harus menitik beratkan tentang cara penjagaan dari segi ia senang untuk dijaga dan dicuci, daripada segi material masa ada ia senang untuk menyerap air atau tidak jika air tumpah di atas karpet dan lain-lain. Jika karpet yang anda pilih, mempunyai jenis bebenang yang longgar dan tidak padat, ia akan menyimpan habuk yang banyak dan susah untuk di vacuum untuk keluarkan habuk yang terperangkap di dalam bebenang karpet. Selain daripada itu, jika benang yang digunakan untuk pembuatan karpet bukan jenis benang sintetik, jadi ia boleh jadi tempat untuk pengumpulan bakteria. Jika tali guni (jute) pada bahagian belakang karpet berlebihan, ia akan menyebabkan karpet cepat rosak dan tempoh hayat tidak terlalu lama. Di Al Aqsa Carpets, kami menggunakan bahan yang berkualiti tinggi supaya bakteria merebak di dalam bebenang karpet, tidak mudah untuk meresap air, senang untuk divacuum dan senang untuk dicuci, dijaga dan tahan lasak.

Anda perlu tahu cara penjagaan karpet secara asas. Di Al Aqsa Carpets, kami tidak galakkan memasang karpet di kawasan yang tidak berbumbung atau Kawasan luar masjid seperti balkoni. Jika ia terdedah terus kepada cahaya matahari, risiko untuk hayat penggunaan akan berkurangan dan tidak tahan lama terutama jika anda memilih warna merah untuk diletakkan pada kawasan luar masjid. Anda boleh gunakan bidai atau langsir untuk menghalang matahari terus ke arah karpet. Sekiranya masjid yang menggunakan ‘open concept’, anda masih boleh memasang karpet tersebut.

Selain daripada itu, anda harus tahu, cara untuk mengurangkan kesan alunan (wave) selepas pemasangan karpet. Anda tidak akan menghadapi masalah jika pemasangan karpet jenis tampal di kawasan yang masjid yang mempunyai keluasan yang besar. Tetapi sekiranya anda memilih karpet jenis tenun, pemasangan karpet akan mengikut keadaan lantai masjid, mengikut suhu persekitaran masjid. Jika pemasangan untuk ruangan yang kecil, ia tidak perlu mempunyai penjagaan yang terlalu rapi tetapi jika untuk ruangan yang besar, selepas sebulan pemasangan, ia perlu ditouch-up semula jika ada alunan (wave). Selepas beberapa tahun pemasangan juga, ia perlu dibuat renggangan (stretching) untuk karpet lebih tahan lama dan kekal cantik pemasangan.

Seterusnya, pelapik untuk tambahkan lagi keselesaan para jemaah semasa melakukan ibadah. Ia dikenali sebagai underlay. Terdapat pelbagai jenis underlay yang boleh anda dapatkan di pasaran sekarang. Jenis jenis underlay yang boleh dan tidak boleh digunakan untuk masjid.

  1. White Foam
    • White foam adalah underlay jenis putih dan licin. Ianya tidak sesuai untuk kegunaan sebagai pelapik masjid disebabkan ia mudah nipis dan terlalu murah. Jika menggunkan jenis white foam, karpet akan mudah bergerak dan akan ada alunan (wave) dalam tempoh masa 6 bulan selepas pemasangan.
  2. Rubber Underlay
    • Rubber underlay adalah underlay yang terbaik di pasaran tetapi mempunyai harga yang tinggi dalam pasaran. Ia tidak sesuai untuk kegunaan masjid. Ini kerana ia hanya sesuai untuk kegunaan untuk kawasan berkasut seperti dewan hotel, banquet dan lain lain.
    • Material untuk rubber underlay, ia tebal dan berat tetapi jika dipijak menggunakan kaki, ia tidak lembut dan keras.
    • Rubber underlay ini diperbuat daripada bahan organic (getah), jadi ia akan mereput dengan cepat dan ia tidak sesuai untuk para jemaah.
    • Jika ia kerap dicuci atau divacuum, ia akan memberi tindak balas yang tidak bagus kepada jemaah masjid semasa melakukan ibadah.
  3. Underlay Al Aqsa Carpets (Heavy Duty, High Density, Foam Underlay)
    • Di Al Aqsa Carpets, underlay ini direka khas khusus untuk kegunaan masjid. Ia adalah produk yang berat dan mempunyai 3 jenis ketebalan (6mm, 9mm dan 11mm).
    • Materialnya diperbuat daripada bahan kitar semula yang selamat untuk memudahkan eco-sistem.
    • Permukaan underlay juga mempunyai pelapik khas yang tidak licin, jadi underlay tidak akan bergerak disebabkan oleh pelapik khas tersebut.
    • Karpet tidak akan bertindak balas memberikan kesan alunan (wave) disebabkan oleh underlay yang digunakan. Ia juga mudah untuk dicuci dan tidak akan cepa untuk rosak.

WARANTI DAN GERENTI

Anda sudah tahu tentang pemilihan karpet, cara pengiraan karpet dan akhir sekali mesti anda ingin tahu tentang waranti dan gerenti yang akan diberikan oleh Al Aqsa Carpets. Waranti dan gerenti ini adalah jaminan kepada anda selepas anda membeli produk dari Al Aqsa Carpets. Waranti untuk karpet masjid, terdapat 6 bulan waranti percuma terhad kepada kerosakkan daripada kilang (manufactory defect). Jika anda mahukan waranti yang berbayar daripada Al Aqsa Carpets, untuk kategori WeSaveYouSave.

Waranti dan Gerenti Berbayar Tempoh Masa
Al Mashriqi
5 tahun (T&C)
Al Qarati Aqsa ® dan Al Haramain Aqsa ®
10 tahun (T&C)

Kecacatan produk adalah disebabkan oleh benang karpet yang digunakan tercabut atau reput. Karpet yang dipasang tetapi tidak mempunyai ketebalan yang sama disebabkan oleh dipijak jemaah masjid, ia tidak dikenali sebagai kecacatan produk dan tidak boleh dituntut sebagai waranti. Sebagai pelanggan Al Aqsa Carpets, kami tidak galakkan pelanggan untuk membuat waranti berbayar kerana ia tidak bebaloi. Jika anda menjaga karpet masjid dengan elok dan teliti, tidak akan ada kerosakkan atau masalah yang datang pada kemudian hari. Selain daripada itu, jika anda membuat pemasangan daripada Al Aqsa Carpets, anda boleh dapatkan waranti pemasangan sekali sahaja secara percuma dalam tempoh sebulan untuk kemasan (touch-up).

Karpet masjid keluaran Al Aqsa Carpets adalah 100% Halal menggunakan bebenang fiber yang halal. Reka bentuk yang digunakan juga berasaskan floral dan geometri islamik. Ini kerana Al Aqsa Carpets mementingkan visual dan rekabentuk untuk setiap produk terutama karpet masjid. Tiada simbol atau gambaran binatang yang tidak halal sebagai corak pada karpet keluaran Al Aqsa Carpets. Kami memilih dan memeriksa setiap rekaan agar mematuhi ajaran dan pegangan Islam. Ia juga adalah produk mesra masjid dari segi keselesaan dan kualiti karpet masjid. Kami menitikberatkan dari segi pemilihan benang, barang produksi hinggalah urusniaga berlandaskan HALAL. Kami akan pastikan pelanggan kami pulang dengan hati yang senang dan mempunyai pengetahuan tentang produk yang dicari.

1